Tips Jadi Bijak
Rabu, 10 Disember 2014
Tips Genius
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-
kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak
kecil, kemudian selepas menjadi hafiz
Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM,
selalunya mesti keputusannya cemerlang...
Padahal yang sekolah akademik sejak kecil,
tak semua sehebat tu...
Begitu juga para ulama terdahulu, kita
sering baca kisah hebat mereka menghafal
ratusan ribu hadith dan sebagainya....
Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman
ulama silam merupakan sesuatu yang
terlampau biasa sehinggakan orang yang
tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu
yang aneh dan aib.
Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?
Saya mulanya hanya beriman bahawa
asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-
Quranlah Allah bantu mereka walaupun
dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati
dan bertanya kepada para ulama serta
saintis, saya dapati satu conclusion yang
saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-
Quran itu sendiri...
Melazimi membaca Al-Quran dengan
istiqamah akan "melajukan" otak kita....
Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru
saya... walaupun mulanya saya tak berapa
faham...
Tapi apabila saya mula amati pembacaan
Al-Quran saya, memang benar, otak kita
perlu bertindak dengan pantas untuk
mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-
Quran yang lancar...
Sekiranya otak saya lambat berfungsi,
maka pembacaan saya akan menjadi
tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya masih
sekolah menengah di MRSM dahulu, guru
Biologi saya ketika itu menceritakan
tentang otak dan dia juga menyebutkan
tentang pembacaan Al-Quran dapat
mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa
perlu minum susu Anmum Essential....
Bagaimana ia berlaku?
Ok, logika dan saintifiknya begini...
Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula
melihat ayat-ayat Al-Quran...
Kita akan buka mulut untuk membaca, dan
ketika itu otak kita dengan lajunya
memproses data berkenaan Al-Quran itu,
misalnya huruf apa yang terpapar,
bunyinya macam mana, makhrajnya
dimana, jika ia bersambung dengan huruf
lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca
panjang, pendek, jelas, dengung, isymam
atau imalah dan sebagainya...
Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke
kiri, berbeza dengan kebiasaan kita
membaca dari kiri ke kanan...
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu
mula bergerak untuk bunyikan ia.
Bermakna, otak kita perlu buat keputusan
dengan segera bagaimanakah cara
bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau
buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris,
otak kita tak perlu susah-susah buat
keputusan sebab hukum bunyinya tidak
banyak berbanding membaca Al-Quran
yang hukum bunyinya terlampau banyak.
(melainkan kita baca Al-Quran tanpa
tajwid dan tanpa tartil).
Dan yang menariknya, bila mulut kita
masih membaca perkataan Al-Quran yang
pertama, mata kita sudah pun melihat
kepada perkataan kedua dan mula
memproses data sekali lagi secepat
mungkin untuk pembacaan yang lancar.
Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita
perlu bekerja dengan sangat laju. Data
yang dihantar-diterima otak bergerak
sepantas kilat untuk menghasil aktiviti
bacaan di lidah, dan mata yang
memandang kepada mushaf tersebut.
Jadi apabila seseorang itu membaca Al-
Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-
Quran) dengan lancar dan cantik lengkap
dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna
otaknya sedang bergerak dengan sangat
laju.
Dan apabila latihan otak ini dilakukan
setiap hari, maka sel-sel otak kita akan
berhubung dan menjadikan kita genius
dengan izin Allah...
Maka gejala kebodohan khususnya yang
berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan
dengan perbanyakkan membaca Al-
Quran...
Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu
majoritinya genius walaupun kemudahan
rujukan mereka terhad....
Manusia zaman sekarang, kemudahan
merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya
google, sekali klik, keluar macam-macam
maklumat. Tapi manusia bukannya
semakin pandai, sebaliknya semakin
bodoh.
Ini kerana, manusia yang muslim
khususnya pada zaman ini, mereka
meninggalkan pembacaan Al-Quran...
Di fb mereka mungkin Islamik, dengan
jubah, serban, kopiah, purdah...
Berdebat sana-sini, berhujah
sana-sini, bagi pendapat sana-sini....
Status tiap hari mesti Islamik-islamik....
Tapi sejujurnya, berapa juzuk Al-Quran
kau baca setiap hari? Itu antara kau dan
Allah, kau boleh tipu manusia, tapi kau
tak boleh tipu Allah dan diri kau sendiri....
Jangan kita gembira dengan kemunafikan
kita, kerana itulah tandanya kita seorang
munafik yang sebenar.
Anyway, semasa saya belajar di madrasah
dulu, setiap pagi, kami diwajibkan
membaca surah Yassin selepas solat
Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk
membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari.
Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-
Quran.
Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai"
para pelajar, sebab waktu tu sangat
mengantuk. Tapi mereka tidak faham,
mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-
Quran selepas Subuh.
PALING KURANG, kita diarahkan
Rasulullah untuk baca surah Yassin pada
setiap pagi.
Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-
Quran, bacalah surah yang jarang kita
baca dan mulakan dengan tertib dari mula
hingga khatam. Jika kita hanya baca surah
lazim yang kita sudah hafal, otak kita
sudah biasa dengan ayat itu dan kadar
tenaga yang digunakan otak tu tidaklah
sebanyak yang digunakan ketika membaca
surah yang belum dihafal.
Rahsia mengapa Rasulullah dan para
ulama anjurkan baca Quran pada awal
pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak
kita masih fresh selepas rehat yang
panjang (tidur).
Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu
membaca Al-Quran. Hasilnya,
terbentuklah para pelajar madrasah yang
genius, boleh menghafal matan-matan
Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran,
hafal perbahasan ulama, mampu membaca
kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan
sebagainya yang saya kira agak mustahil
untuk dikecapi oleh pelajar akademik
sekular (melainkan mereka juga amalkan
rutin yang sama).
Note: Saya harap Wahhabi tidak
MEMBIDAAHKAN amalan ibadah membaca
Al-Quran sambil melihat mushaf...
Maklumlah, kan tiada dalil Nabi pernah
baca Al-Quran guna mushaf.
Bahkan zaman Nabi dulu, mushaf Al-
Quran seperti yang ada pada kita hari ni
pun belum wujud.
Bahkan lagi kalaulah ada sekalipun di
zaman Nabi, Nabi tetap tak kan baca guna
mushaf sebab Nabi kan ummiy (tak boleh
membaca/menulis).
Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran
beramai-ramai dengan suami/isteri dan
anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih
bagus sebab kita rasa lebih bersemangat
dan kebarangkalian untuk istiqamah itu
lebih tinggi.
Ini silibus pertama HOME SCHOOLING
yang diajar oleh Rasulullah.
-------------
Semoga dengan membaca, memahami,
menghafal dan mengamalkan Al-Quran
menjadikan kita orang yang berjaya dan
bahagia di dunia dan akhirat. Inshaa
Allah.
Selamat beramal, semoga bermanfaat.
*copy paste dari Ibnu Batoota
Love,
Me
Langgan:
Catatan (Atom)